Leyla, Jasmeen and Addy

Leyla, Jasmeen and Addy

Thursday, April 15, 2010

tuan yang baik hati

Salam semua,

lama tak update kat sini. walaupun sekarang ni tengah cuti, tapi aku busy sangat. rasa nak mintak Doraemon tolong jer (kucing jugak yang berguna...). siapa ada menjual masa?aku nak membelinya....


aku tak terkira lama Addy berpisah dengan kami. sebab rindu tu masih ada. lainlah kalau aku ambik dia masa dia dah besar, x de la nak terkenang sangat. tapi alhamdulillah, makcik yang menjaga Addy tu baik. setiap minggu dia hantar laporan.

"Addy Dior (bilamasa pulak aku letak Dior blakang nama Addy ni??) sedang bergembira dengan kawan-kawan dia yang lain. saya dah hantar dia ke veterinar untuk dimandulkan. dia kawan baik dengan anjing kecil saya. setiap malam dia jer yang nak tidur dengan saya dalam bilik. ini saya ada beberapa gambar dia."

Addy bucuk..rindu la ngan Addy...



kemudian cerita pasal anak-anak dara aku tu. lepas latihan basket haritu, aku menjengah ke rumah Gowan. habis bersepah rumah dia beras bertaburan. aku tercari-cari budak dua ekor tu, tau takut menyorok belakang langsir. menyumpah-nyumpah Gowan (hahaha!aku diam jer, kang aku menambah, lagi la dia berasap!). itu baru beras, cuba kalau budak-budak tu manjat kat model-model kereta pakcik tu?mampus aku kena ganti beribu-ribu euros! (tapi aku pelik jugak, macamana diorang leh tak kacau kereta-kereta tu, sejuk hati....betul la kot, kucing ikut perangai tuan, aku memang tak suka sentuh-sentuh barang orang, aku juga suka masak sebab aku suka makan, agaknya Leyla ngan Jasmeen tu nak memasak la kot, sebab tu keluarkan beras!lol!!).

oleh kerana diorang buat perangai haritu, jangan harap aku nak usap-usap. itu sebagai didikan juga. kalau kucing buat salah, jangan usap-usap kepala dia lepas dia buat kemungkaran (x jumpa ayat yg sesuai) tu, nanti dia ingat apa yang dia buat tu betul. so aku buat-buat tak nampak jer la.

hmm... rumah aku kosong tak da diorang tu. pagi-pagi lepas subuh, aku macam dah terbiasa jengah tempat makanan diorang. mamai....ingatkan diorang ada lagi.

Mamat, Ayie n aku ke petshop. hajat di hati nak cari umpan memancing dan tengok-tengok kalau kedai tu ada jual furet (google kalau tak kenal). sebab budak mamat n Ayie ni nak bela furet ni.

Furet tak de! tapi aku terpandang makhluk bulat sedang nyenyak tidur. malam sebelum tu aku baru jer tengok cerita Tontoro. aku mintak akak yang jaga kedai tu tuk pegang dia kejap. lembut nyer badan dia...kaki dia tak de kuku, dia pun tak menggigit. jalan macam kanggaroo. terus aku rasa suka.

"saya ambil dia bawak pulang" aku bercakap dalam separuh sedar!

kakak tu terus masukkan dalam kotak. aku ke kaunter terus bayar. (if i want it, i'll get it!)

makhluk tu adalah seekor chinchilla! aku namakan dia Mojako. tapi hari-hari aku panggil dia 'Moja-moja'. bagus bela dia ni, sebab dia senang di jaga dan tak bau busuk (seriously! x macam bau hamster!). kalau aku lepaskan dalam rumah, dia akan ikut jer aku ke hulu ke hilir. lompat kecik-kecik macam kanggaro tu.

kali ni aku tak perlu risau kalau aku balik malaysia nanti, sebab bakal housemate aku tu pun suka kat dia. so, boleh la aku tinggalkan dia ngan budak tu.


lilo dan Mooja-moja hampir sama besar!gurau jer lilo!haha!

walau apa-apa pun, aku tetap rindu Addy, Leyla dan Jasmeen. tak de siapa yang leh ganti diorang...nanti kalau aku update pun, aku akan bercerita pasal diorang, sebab tuan-tuan diorang ni berbaik hati buat laporan setiap minggu..kalau rindu tu dah membuak, aku redah ajer jumpa diorang nanti.

*kepada Moja-moja, sila bermain ditempat lain, acik busy!!!

4 comments:

  1. comelnya Moja-moja...
    gerammm...

    ReplyDelete
  2. comelnya moja-moja
    nnatie amiklah banyak skett gambo dia.
    dia besar ker kecik ekk?
    tak pernah sangat tengok binatang nie.
    hehhhe

    ReplyDelete
  3. salam bro..


    comel semuanya.. :)

    ReplyDelete
  4. comel, tapi cilik...tahu tak, chinchilla kalau menyalak, mcm anjing, tapi kecik jer suara dia. hehe!

    ReplyDelete