Leyla, Jasmeen and Addy

Leyla, Jasmeen and Addy

Thursday, March 18, 2010

Gowan is our hero (geli jer...)

alhamdulillah. ada orang yg nak jaga jasmeen n Leyla. nasib baik aku kenal orang tu, iaitu Gowan. aku pun sebenarnya malas nak nyusahkan dia, sebab dia pun makin busy sekarang ni. tapi dah tiba-tiba dia jadi baik pulak kali ni (rasa nak sujud syukur 80 kali jer!hahaha!), bagi jer la. lagipun bukan nyer Jasmeen n Leyla tak biasa dengan dia.

tinggal la bucuk acam aku tu sekor-sekor kat rumah. kesian addy, dia takut la tu tinggal sendirian kat hall, asyik mengieow jer malam-malam. teringat masa dia baby dulu, tak tidur aku jaga. so sekarang ni, dia tidur sekali ngan aku kat bilik, tapi tuk beberapa hari jer la kot, lepas tu, aku nampak si bulat tu kat bilik, memang aku terajang dia masuk gol. hahahaha!

tadi lepas main basket ball, pergi jengok Leyla n Jasmeen kat rumah Gowan. hahaha!perangai semua tak berubah-rubah. dari kucing sampai manusia sama jer aku tengok. kalau siapa-siapa yang mengikuti blog ni dari awal, memang akan tahu, Jasmeen tu kucing aku, Leyla tu Gowan punya. so memang dah sah-sah Jasmeen tu lagi rapat dekat aku, whereas si Leyla tu dengan Gowan. aku tengok Leyla melekat kat Gowan mcm kena gam, geram plak aku tengok, dah besar nak manja-manja lagi. manakala puteri jasmeen yang cantik molek tu pulak, bawa bola fetch dia ajak aku main. sekali Gowan nak pegang, dia menyeringai. hahaha!dia memang x suka kat Gowan, bukan aku ajar, memang nature dia mcm tu, aku jer yg dia tak marah. tapi yang aku sakit hati, Gowan picit Jasmeen sampai menjerit binatang tu, haisshhh, sampai bila-bila pun Jasmeen benci ngn dia kalau mcm tu.

dulu aku nak let go Jasmeen n Leyla, sebab aku tengah serabut, pasal universiti aku, hal2 personal yang lain, itu ini la, sampai nak gila aku. kesian pulak aku tengok diorang terbiar. nak tau betapa tertekan nyer aku, sampai keluar cas-cas elektrik dari badan aku. masa tu ada festival makanan antarabangsa, siapa-siapa yang pegang aku kena cas elektrik tu. hahaha!kelakar jer aku tengok, nampak api percik-percik. yang aku tak tahan, si Gowan cakap "masalah banyak sangat, sampai kucing-kucing ni pun x mampu nak serap cas negatif tu, tu yang sampai keluar elektrik tu". hahaha!blurr la kau pakcik!


ermm..tapi tu pun Gowan leh jaga tuk 3 bulan jer, sebab lepas tu, dia pun nak balik cuti summer. mesti la kitorang kena bagi kat orang lain jugak Jasmeen n Leyla tu. tapi biar la, aku dah prepare awal-awal, malas nak jadi sentimental2 ni, kang masuk sepital mental plak.ok la, aku mau tidur, esok ada kelas. selamat maju jaya semua! (sebenarny aku tak tau nak abiskan dengan ayat apa). hehe!owh yer, nanti aku letak gambar majlis harijadi aku n kesyukuran Gowan k (mesti tertanya-tanya kenapa asyik ngan Gowan jer, hahaha!dia tu taraf abang aku la, sbb tu kitorang banyak buat benda sama2, btw, dia dah nak kahwin dah- sorry Gowan aku turunkan sikit saham kau!- ok la. bye!)

2 comments:

  1. hahaha! chumel aje jasmeen.. huhu ^^

    cmpai terkeluar cas2 elektrik??

    wow! xpenah pon neok ag.. hihi.. >,<

    xsaba nk neok gmba2 hari jadi n kesyukuran tu..

    ReplyDelete
  2. mmg pun, kalau bnyk masalah, mmg jd mcm tu la..sampai segala cas terkeluar...hahaha!

    ReplyDelete