Leyla, Jasmeen and Addy

Leyla, Jasmeen and Addy

Monday, March 29, 2010

Addy







salam.


Pagi tadi, aku saja buat-buat tak layan Addy. sebab tak nak dia manja sangat. jam pukul 9.00 pagi. lepas kepit hirisan salami dalam roti, aku duduk depan tv. sambil kunyah, sambil tengok rancangan ulangan ' la ferme de celebrites' (antara cerita bodoh kat France, sebab bodoh la aku tengok. best mengutuk!).

Addy cuba lompat tepi aku, nak bermanja. aku tolak dia kebawah. dari bilik aku dengar telefon aku berbunyi. berdebar-debar.

"saya tengah cari parking ni. susahnya kawasan Battant ni, tak jumpa pun parking terdekat" suara wanita awal 50-an dari telefon.

"cuba parking dekat-dekat dengan bukit belakang quai veil Picard tu. banyak kosong situ" aku memberi cadangan.

aku duduk kembali ke sofa. Addy melompat lagi. kali ni aku betul-betul tak boleh menipu. aku peluk dia erat-erat. sekali pandang ke bekas makanan dia, tak luak pun...mungkin dia dah dapat rasa saat ini. semenjak dua menjak ni, dia memang rajin membontoti aku ke hulu ke hilir. kadang-kadang waktu malam, dia mengieow-ngieow, mintak aku belai...semenjak Jasmeen dan Leyla tinggal dengan Gowan, memang dia selalu kesepian.

Addy menjilat-jilat pipi aku. Rasa kesat lidah yang kecil itu seolah-olah memberi kesan luka dalam hati. dulu dia hanya sebesar bola lisut...kecil...kini dia sudah besar, macam patung beruang. suka duka aku jaga dia, memang terbayang satu persatu.

kringgggggggg!!! lonceng rumah aku berbunyi.

"hello, sila lah naik, rumah saya di tingkat dua. saya tunggu awak dekat sini" aku memberi arahan melalui interkom.

derap kaki itu makin dekat. aku sikat bulu-bulu Addy. matanya aku sapu dengan losyen. Addy wangi, semalam aku dah sapu losyen khas untuk kucing.

"Bonjour! Awak ke encik Hamzah? dimana dia mon beau roquin d'amour (kucing cinta hati saya)?" makcik Villanie terpusing-pusing mencari Addy.

"ini dia, dia memang berat sikit" aku mendukung Addy.



"owh Elfy, nenek dah lama nak jumpa Elfy...sayang nyer se kecil ni!" makcik tu memeluk erat Addy. tiba-tiba dia melepaskan Addy, ada darah yang mengalir. tangan makcik tu berdarah.

"mungkin dia marah sebab awak salah panggil nama dia, nama dia Addy. ataupun dia masih tak biasa dengan awak. jangan bimbang, Addy saya cepat menyesuaikan diri" ujar aku - teringat Addy yang memang mesra dengan semua orang. pernah dia diculik oleh tiga orang pakcik pekerja bangunan yang ingatkan dia kucing sesat. itu pun dia tak meronta-ronta. Aishhh Addy...

"owh, tak pa, saya dah biasa. bukan nya luka besar pun. dia memang sangat-sangat cantik. jauh lebih cantik berbanding gambar yang awak beri" kembang hidung aku. memang semua kucing aku dijaga dengan baik!



makcik Villanie membuka pintu sangkar. tanpa disuruh, Addy masuk kedalam dan terus duduk diam. Aku mula sebak. Dia macam paham yang dia akan pergi tinggalkan aku...

"pandai nyer dia!!!kucing awak memang baik!" ujar makcik Villanie.

"haha!sekarang ni dia kucing awak...awak kena janji dengan saya, awak akan jaga dia dengan baik". aku tahan juga sebak aku.

makcik Villanie mengeluarkan gambar-gambar haiwan peliharaannya. seekor anjing jenis chow chow, seekor jenis westie, dua ekor kucing parsi dan tiga ekor kucing biasa. mesti Addy dah tak sunyi lepas ni...dia juga menunjukan gambar bilik untuk Addy. semoga Addy bahagia dekat rumah tu nanti...

aku menghantar Addy sehingga ke kereta.

"saya tahu hati awak tengah pilu. percayalah pada saya...nanti saya akan selalu kirimkan gambar pada awak." ujar makcik Villanie.

aku senyum jer...padahal dalam hati dah macam kena tsunami.

sampai kereta tu lesap dari pandangan, baru aku berganjak. Addy dah pergi. tinggal aku seorang diri di pinggir bandar Besancon ni.





lepas ni, aku takkan cari lagi mana-mana kucing mirip Addy. hanya ada satu sahaja kucing parsi berwarna oren dalam hidup aku. nama dia Addy.

8 comments:

  1. sedeynya.
    addy pergi tuk selamanya
    tapie dalam hati kamu addy masih ada.
    dalam hati kami juga.

    ReplyDelete
  2. Mejahhhh!!!!
    Seriously aku sedih...
    xpe ek... sabar je...

    ReplyDelete
  3. huhu...sedihnya anjut....i yg bace ni pun tak tertahan air mata mengalir.. dah la personally, i favor addy..u ni mmg berpisah selamanya ke dgn addy nih? bro, sabar ehh...

    ReplyDelete
  4. addy... syg kat addy jugak.. chumel.. pisah slame2nye ke?? sdeyhnyee..

    ReplyDelete
  5. salam semua. x tahu la tuk selamanya ke tak. sebab boleh jer kalau nak gi rumah makcik tu. tapi mcm, biar jer la dia ngan kawan2 baru dia. lagi pun kalau teringat dia jer, nanti sedih. sapa2 yg pernah jaga anak kucing dari kecik sampai dia besar, akan paham la macamana perasaannya.

    ReplyDelete
  6. sedihnya baca...
    x tau la mcmmana nk hadapi saat2 mcm ni... sgt takut...

    ReplyDelete
  7. sedeynya!!tak tau la nak mengadap kalau jadik mcm nih kat kita ;( ape2 pon mereka di dalam jagaan yg baik..so tak perlu risau sgt :) rindu la kat addy mok tu nanti

    ReplyDelete