Leyla, Jasmeen and Addy

Leyla, Jasmeen and Addy

Sunday, February 21, 2010

gladiator menulis

Salam semua.

diam bukan bermakna mati. wahahaha!ayat ntah apa-apa. tajuk pulak tak der idea...

diam sebab aku menghabiskan cuti aku di Italy. pada 10-15 february lalu, aku dan Gowan ke Italy. hadiah buat diri masing2 sebab dah buat yang terbaik tuk exam. alhamdulillah. dah puas pecah otak, ni la tiba nyer nak bagi diri tenang-tenang.

Jasmeen, Addy dan Leyla dibawah jagaan Mamat dan Ayie. sebenarnya aku rasa berat nak tinggalkan sebab dah lama sangat aku tak bermian ngan diorang. sebelum bertolak tu kan diorang tinggal ngan Gowan tuk 3 minggu. lepas tu diorang dihantar balik hanya BEBERAPA jam kami berangkat. sungguh ku geram dengan encik Gowan, tapi x pe la...

kami bertolak ke Rome dari Paris pada 10 february 2010. pagi2 buta dah keluar dari rumah member Gowan kat Paris. terima kasih Telor (pehal nama kau mcm ni?).

mula-mula hati takut sebab flight mcm delay berikutan tetiba ada ribut salji. tapi alhamdulillah, semua nyer berjalan lancar.


pintu masuk ke Vatican

Di Rome, kami menginap satu malam jer, sebab memang dah buat plan, pergi tempat penting-penting jer. maka berjalan la kami dimulai dengan Vatican City, antara negara terkecil didunia. kemudian ke Colloseum, Pantheon dan sekitar bandar Rome.


colloseum. binaan teragung waktu empayar Roman.


keesokan nyer, kami bertolak ke Florence, sebelum tu kami ke Pisa dulu. tengok menara condong tu, macam menara teluk intan, tapi mesti la ukiran dan senibina dia yang jadi sebutan.

kemudian kami ke Florence. adoi la...cantik betul bandar ni. aku pelik tengok orang italy ni cantik2 dan wangi2. cuma satu benda yang aku perasan, diorang ni becok. agak becok la...

lukisan di bilik kami-rindu kat depa...



keesokannya, kami ke Modena, sebab nak melawat muzium Ferrari di Maranello. dekat Modena kami tinggal dua malam. dalam bilik kami tu ada lukisan kucing dan anjing yang besar, aishh, macam tau-tau jer kami suka kucing!

Maranello ni terletak dalam 30 minit naik bas dari Modena. sapa yang gila formula 1, memang kenal la tempat ni. dapat la jugak menyentuh kereta yang harga berjuta-juta ringgit tu. nak test drive ferrari berapa hengget? 3 minit tuk 50euros.pengsan!

kami manfaatkan hari kami dengan melawat Bologna. sebab dekat jer, dan merasalah aiskrim diorang yang sedap giler tu (aneh ler aiskrim rasa suam). masa tu tgh sale, kiri kanan jalan sale murah-murah. pejamkan mata jer la, kalau tak mesti bercalar balar kad kredit aku tu.


bercamwhoring didepan logo ferrari

14 february kami ke venice. kebetulan waktu itu ahad, valentine's day dan CARNAVALE. manusia tak hinggat la, macam sepuloh kali ganda pesta sure heboh! memang gila best punya tempat! aku suka gila sebab tgk manusia2 ni pakai pelik2. dan kalau nak tgk karnaval tu, cari la kat google atau youtube, memang seronok la. dah ler venice memang bandar mistik, entahla, aku tak tergambarkan...


topeng kai, tapi malu nak pakai.dasar melayu jawa yang pemalu (both of us jawa ok). hahahaha!

esok nyer, tibalah saat yang sedih. kami akan meninggalkan Italy dari Milan...lagi sedih bila aku rasakan yang ni la last trip aku kat europe. sebab aku rasa tempat2 lain tu macam sama jer, cuma Italy gah sikit sebab renaissance tuk orang eropah bermula kat sini...bau dia, gesekan violin dalam tram, orang-orang dia, makanan dia dan bilik-bilik hotel dia, memang siapa pun akan teruja - macaman ni aku dah jadi sentimental???


Gowan dengan siput sedut dia...susah sgt kau nak senyum kat kamera...baik tangkap gambar siput tu jer...

itu la ceritanya, so sekarang ni aku dengan furrykids aku ni. sedang bersiap tuk kelas esok. ok la, till we meet again yer folks!salam!


9 comments:

  1. bestnye g jln2..
    besau punye siput sedot yek.. haha
    w'salam..

    ReplyDelete
  2. oooo..
    skunk baru mlm kat sane ye??
    sini da kul 4.35 daaa..
    nengok komen sndri kat ats tu kul bape..
    hahaha... jakun!

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumusalam. yup, sekarang ni dah pukul 11,17 malam. berjalan2 tu memang seronok, lagi seronok kalau kita dpt belajar sesuatu, bukan setakat ambil gambar dan tempel tunjuk orang jer. bumi Tuhan ni luas, banyak lagi rahsia yang kita tak tahu. huhu.

    ReplyDelete
  4. hhehhe..
    baru kenal muke..sbelum nie tak nampak.
    bestt dapat g jenjalan.
    nak ikot..nak ikot.

    ReplyDelete
  5. misz, mesti kecewakan nampak muka?rupa2nya tak hensem...sbb tu malas nak letak gambar sblm2 ni...nak ikot g jalan2?haha, lps ni nak gi kelas, jom la, jalan kaki jer. hehe!

    ReplyDelete
  6. lupe nk tnye..
    50euros tu bape lw pakai duit RM??
    sgt jeles laa kowang pegi..
    da la xajk pon...

    ReplyDelete
  7. ermm..x sure la...1 euro dlm 5 ringgit kot..

    ReplyDelete
  8. wah best nyer jalan-jalan..

    ReplyDelete