Leyla, Jasmeen and Addy

Leyla, Jasmeen and Addy

Wednesday, January 13, 2010

kehebatan cinta

Salam semua,

tadi Addy menyelinap masuk kedalam bilik...si gemok ni memang suka ambil kesempatan. terus dia terbaring atas karpet buatan belgium aku tu. Bilik aku ni dianggap taman larangan bagi budak-budak ni. mereka hanya dibenarkan masuk seminggu sekali jer, itu pun atas pengawasan aku. Jasmeen dan Leyla memang dah faham peraturan ni, mereka hanya menanti depan pintu jer kalau aku buka pintu bilik. tapi Addy, memang dasar anak lelaki, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan!

atas bantuan Faiz, aku berjaya tarik Addy keluar. Addy memberatkan badan dia. berlakon mati la tu! (macamana la orang boleh tergelak tgk dia ni, aku pulak rasa nak amik lesung batu lenyek2 jer kat dia, atau masuk dalam blender, putar paling laju!!!!). bila dicampak ke ruang tamu, dia terus kacau Jasmeen. aishhhh, bila la kau ni nak matang.

Aku menyambung kerja dalam bilik. tiba-tiba aku teringat Addy. kesian pulak kat dia...dia suka baring atas karpet tu sebab lembut dan selesa...cuma aku takut pulak karpet tu terkena najis, yer la, karpet tu pun memang dibuat sembahyang...

teringat kisah rasulullah dengan kucing. pada satu hari, Rasulullah mahu memakai serban. dilihat diatasnya, ada seekor kucing. semua orang tahu, memang nabi seorang yang penyayang...Baginda tak mahu mengejutkan kucing tu, lalu memotong serban tersebut dan membiarkan kucing itu tidur atas lebihan serban yang dipotong itu. hurmmm...siapa yang dapat lawan kehebatan cinta Baginda???

serban, sesuatu yang darjatnya mulia diatas kepala. karpet, sesuatu yang dibuat alas kaki...jangan la bandingkan aku ngan nabi...

*kepada Addy, kau tetap dilarang tidur atas karpet itu...maybe nanti aku akan cari karpet kecik tuk kau. ok?

8 comments:

  1. Kekeke kelakar la Addy tu, ehhhh jgn la nak blend Addy tu plak, tak nak bak pos ke M'sia bg Lieya. Hahaha... Biasa la kucing, tempat terlarang tu la yg dia suke. Beli la 1 carpet utk Addy for sure lepas tu Addy tak kacau lg dah. Tp kene yg serupe la. Kalau x..... paham2 sendiri la. Hahaha

    ReplyDelete
  2. hehehhe.
    oo addy nakal yerk.
    nantie belikan addy karpet kecik ehh.
    sian dia.
    tapie memanglah...
    cam dodoi ..masa memuluer sampai.
    tempat yang dia tuju karpet tuk melabur.
    hehheh.

    ReplyDelete
  3. huhu, dia x der la kencing kat karpet tu, cuma sbb bulu dia panang, n masa dia berak or kencing, takut terkena bulu2 dia tu.

    tahu kah anda?(mcm majalah sains plak!)- masa Addy kecik, dia tidur sekali ngn saya, dan dia menyonyot (heh?apa?sucking mcm tu la) baju saya. masa tu dia sangggaattt comel dan selalu kena lenyek masa tido.hahahaha!sbb tu dia gila sikit kot.

    ReplyDelete
  4. hahaha.. kucing sy pon nyonyot selimut sy cmpai bg je tros kat beliau.. mybe mse kecik xpuas menyusu ngan ibu dia sbb tu la dia berangan kat selimut sy tuu.. ingatkan nak bg je karpet tu kat c addy tuu... hahaha!

    ReplyDelete
  5. haha, banyak hensem si addy tu, apa kelebihan dia sampai nak dianugerahkan karpet cantik sedemikian rupa?hahaha!nanti la, kalau ada masa, cari satu.

    ReplyDelete
  6. alala..comelnya andy si degil..ni baru betul anak jantan..

    ReplyDelete
  7. tu la... dak2 ni tyme nakal dye tu... same cam anak2 bulus nie.. bilik adalah tmpat larangan... huhu... tapi kt umah ni adik yg selalu lincah je menyelit masuk... da one n only gurl yg nakalll.. abang2 2 ekor tu xla wat cubaan menyelinap tau.. hehee

    ReplyDelete
  8. Qisha - huhu, ada perkembangan, rasanya dia dah paham ckp sy, ckp 'stop' dia terus berdiri kaku, mcm nak kena rotan.

    ekien- huhu, kucing bila dah terlalu rapat ngn kita, dia akan dgr ckp kita (experience sendiri). maybe sbb Addy tu jantan kut, jenis tak paham bahasa sgt. kalau Jasmeen n Leyla, mmg dari kecik dah faham. paling senang jaga diorang la.

    ReplyDelete