Leyla, Jasmeen and Addy

Leyla, Jasmeen and Addy

Sunday, January 10, 2010

apa dah jadi pada Jasmeen?

Jasmeen masuk dalam sungai yang dah jadi ais. aku menyelam dalam sungai tu nak selamat kan dia, tapi dia makin jauh dari aku. mata dia sayu. tak bunyi mengieow pun. dia bukan mati, cuma dia jauhkan diri dari aku.makin lama aku tak nampak dia. dia terus berenang ikut arus sungai sambil sesekali pandang aku. kaki aku macam terikat...aku tak leh kejar dia.

Astaghfirullahalazim...

nasib baik aku mimpi. selepas subuh, aku isi makanan diorang. tercari-cari Jasmeen kat mana. Addy yang manja tu ikut aku ke hulu ke hilir, dan Leyla sedang lepak atas sofa depan TV. tapi mana Jasmeen?

hati berdebar2...nak tanya Addy, dia blurrr jer, bukan tahu menjawap pun. nak tanya Leyla, dia sambung balik tidur...(hakikatnya, kalau diorang bagitau pun, aku tak faham).aku cari lagi...owh rupanya Jasmeen pergi toilet. terus dia melompat ke rumah tiang dia.


mata dia terpejam-pejam... muka dia sedih...sebenarnya dah tiga hari aku perasan dia macam ni. Addy kacau, dia tak marah. kalau letak makanan dalam bekas, dia la paling last yang datang. dia jadi pasif...tengok najis dia, elok jer bergumpal...tanda pemakanan dia betul.kadang-kadang dia menyorok belakang tiang cakar tu.

member-member datang rumah pun kata Jasmeen makin kurus dan tak aktif. aku cuba lempar bola, nasib baik dia kejar...risau aku dibuatnya. kenapa aku tak faham bahasa binatang?

mahu dibawa ke veterinar, banyak sangat rintangan...salji yang tebal, kenderaan tak der, duit pun setakat cukup tuk menyabung nyawa sehari dua...

dari pagi tadi, sehingga catatan ni ditulis, Jasmeen hanya turun dari tempat tidurnya hanya untuk makan dan ke tandas jer...dia tak lagi ikut aku ke dapur atau tengok tv...Apa dah jadi dengan Jasmeen aku ni????dan mimpi tu? buat aku lagi bimbang...

5 comments:

  1. takde ape2la..hope jasmeen ok..mimpi kan mainan tidur..semoga dapat rezki lebey bleh bawak g vet..

    ReplyDelete
  2. hmm..baik bwk gi vet cepat, anjut...

    ReplyDelete
  3. Siannye Jasmeen, mmmmm nak bawak jumpe vet keadaan x mengizinkan plak kan. Ciannyeee... Doa jela moga2 Jasmeen back to the normal.

    ReplyDelete
  4. hmm..x tau la apa da jadi ngn dia...(psttt:kucing ada period ke?). nak keluar, tp vet tu jauh, so tunggu family angkat dtg la nanti bwk..insya'allah...

    ReplyDelete
  5. btw, mimpi tu mmg sedih n menakutkan...sebab sy mmg jarang mimpi (sangat2 jarang). n kalau sy mimpi pelik2 ni, mmg sumthing's wrong sumwhere la...nauzubillah...

    ReplyDelete